Website Sinar Harian lebih moden, mesra pengguna

Website baharu Sinar Harian
Website baharu Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sempena ulang tahun ke-16 pada 31 Julai lalu, Sinar Harian sekali lagi tampil melakukan perubahan besar menerusi pendigitalan bagi memastikan keselesaan pembaca dan survival akhbar tersebut.

Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris berkata, laman web Sinar Harian kini berwajah baharu dengan menampilkan reka bentuk dan pengisian yang lebih moden dan mesra pengguna.

Berikutan itu, katanya, pelayar boleh melayari laman web Sinar Harian tersebut dengan lebih efisien dan mudah.

“Kami mengambil pendekatan tersebut dengan menampilkan wajah baharu website Sinar Harian sempena ulang tahun ke-16. Kali terakhir pengubahsuaian ini dilakukan adalah pada 2018, iaitu lima tahun lalu.

"Justeru, mulai hari ini, pelayar boleh melayari laman web Sinar Harian dengan lebih mudah dan efisien,” katanya kepada wartawan Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Ruzy Adila, selain website, laporan Sinar Harian juga boleh dicapai melalui Facebook, Twitter, YouTube, Instagram, Telegram dan Daily motion.

“Kami juga menawarkan pengalaman pembacaan berita yang lebih efisyen melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Google Playstore atau Apps Store.

“Pihak kami sentiasa memaparkan berita- berita terkini, video Live, laporan khas dan program-program seperti Wacana, Berani Semuka dan Kompas,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang tidak pernah berhenti menyokong dan terus bersama Sinar Harian.

“Sokongan anda membuatkan kami terus bersemangat untuk memberikan laporan dan persembahan berita lebih baik,” katanya.