Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi

Kontrak niaga hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan awal hari ini. - Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan awal hari ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, Ogos 2022 mengukuh 16.0 mata kepada 1,505.0, September 2022 menambah 17.0 mata kepada 1,496.0, Disember 2022 lebih tinggi sebanyak 16.5 mata untuk mencatatkan paras 1,494.0, manakala Mac 2023 tidak berubah pada 1,469.5.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1,722 lot dengan kepentingan terbuka 36,145 kontrak.

Pada 9.47 pagi, penanda aras FBM KLCI meningkat 12.15 mata untuk mencapai paras 1,502.72 berbanding dengan penutupan Rabu pada 1,490.57. - Bernama