Polis cari saksi pergaduhan lelaki dipukul dengan kayu

Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki dipukul dengan kayu dalam kejadian di Jalan Silat Harimau, Iskandar Puteri, pada Isnin.
Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki dipukul dengan kayu dalam kejadian di Jalan Silat Harimau, Iskandar Puteri, pada Isnin.
A
A
A
ISKANDAR PUTERI - Polis sedang mencari saksi pergaduhan melibatkan beberapa individu dalam kejadian di Jalan Silat Harimau di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, Balai Polis Nusa Bestari setakat ini tidak menerima laporan kejadian itu yang tular selepas video insiden tersebut dimuat naik di Facebook Kelab Info Malaysia.

"Dalam insiden tersebut telah berlaku pertengkaran mulut dan seorang suspek bertindak agresif memukul seorang lelaki dengan kayu.

"Sehubungan itu pihak polis memohon agar mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian tersebut tampil membuat laporan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pihaknya sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan.