Hospital UniSZA

A
A
A

Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) dijangka akan dibuka kepada orang awam pada awal tahun depan ketika tinjauan hari ini.

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Dr Fadzli Adam berkata hospital tersebut memulakan operasi secara dalaman dengan pembukaan klinik perubatan am untuk kakitangan dan pelajar UniSZA pada 1 Ogos lalu, bertujuan untuk meneliti keberkesanan, kesesuaian dan menambah baik perkhidmatan sebelum operasi dibuka kepada umum tahun depan.

Pembukaan hospital berkonsep patuh syariah itu dijangka dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang semakin kritikal pada masa ini.