17 maut, bas mini bertembung trak

Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya Wilayah Sohag di selatan Mesir. - Foto hiasan 123RF
Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya Wilayah Sohag di selatan Mesir. - Foto hiasan 123RF
A
A
A

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas mini dan trak bertembung di Wilayah Sohag di selatan Mesir pada Selasa.

"Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.

"Siasatan awal mendapati pemandu bas mini hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan,” kata gabenor Sohag, Tarek al-Fiqy kepada Xinhua.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian lebuh rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan. - Bernama