MAIS tawar bantuan guaman syarie percuma

Facebook MAIS
Facebook MAIS
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pemastautin di Selangor yang layak boleh mendapatkan bantuan guaman syarie percuma disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

MAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan itu disediakan Bahagian Undang-undang Syariah yang mengendalikan 13 jenis kes melibatkan undang-undang syariah.

Menurutnya, kes syariah yang dikendali unit tersebut termasuklah tuntutan pengesahan lafaz cerai, permohonan pengesahan ruju’, tuntutan penceraian, tuntutan fasakh dan tuntutan pengesahan cerai taklik.

"Selain itu, tuntutan khuluk/tebus talaq, tuntutan sabitan nusyuz, permohonan wali hakim/am, tuntutan wali enggan/engkar, permohonan faraq nikah dan pengesahan nikah.

"Dua lagi perkhidmatan ialah permohonan pengesahtarafan anak dan permohonan/tuntutan kebenaran poligami (defendan sahaja).

"Mereka yang ingin mendapatkan info lanjut bantuan berkenaan boleh layari laman sesawang bantuan guaman syarienuntukninfo lanjut," kata kenyataan itu.