Kastam Melaka rampas pelbagai barang bernilai RM23 juta

Norlela (depan, tengah) menunjukkan senjata api yang dirampas Jun lalu.
Norlela (depan, tengah) menunjukkan senjata api yang dirampas Jun lalu.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka mengagalkan cubaan menyeludup pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM23 juta termasuk duti dan cukai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Norlela Ismail berkata, rampasan itu membabitkan 101 kes yang disenaraikan dalam Perintah Larangan Import 2017 dan Larangan Mengenai Import 2022 dengan membabitkan seramai 30 orang yang disyaki (OYDS).

Menurutnya, perolehan kes menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus kes berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu dengan menghasilkan 86 kes pada 2021.

Katanya, kes-kes yang diperoleh melibatkan rampasan rokok, minuman keras, kereta, mercun dan bunga api serta senjata api.

"Antara kesalahan dikesan termasuk rampasan stor simpanan rokok membabitkan 10,324,800 batang rokok pelbagai jenama di tiga lokasi berbeza berjumlah RM7.97 juta sekitar Negeri Sembilan dan Johor," katanya ketika sidang akhbar di pejabat JKDM Melaka di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.

Norlela (tiga, kanan) menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di pejabat JKDM Melaka di Ayer Keroh pada Selasa.
Norlela (tiga, kanan) menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di pejabat JKDM Melaka di Ayer Keroh pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya berjaya merampas senjata api iaitu dua laras 'Precision Airgun, selaras 'BB Rifle' dan sepucuk pistol 'Air Pistol berserta tiga peluru di tempat letak kenderaan sebuah hotel di Ayer Keroh.

Menurutnya serbuan pada Jun lalu, hasil maklumat risikan serta kerjasama daripada sebuah syarikat kurier sebelum pasukan penguat kuasa menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai pemilik senjata api tersebut.

"Lelaki yang bekerja sebagai kontraktor itu dipercayai membeli senjata api secara dalam talian dari negara Sepanyol yang diikrar sebagai 'Handycrafts Metal Decorations.'

"Modus operandi adalah menggunakan alamat perkhidmatan kurier sebagai penerima dan kemudian parcel dihantar secara selamat ke destinasi yang diminta pelanggan," katanya.

"Hasil serbuan ke rumah individu itu di Bemban, Jasin juga menemui sepucuk 'Air Pistol' dan siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana mengimport senjata dari luar negara.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti Kastam atau RM100,000, dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai amaun duti Kastam atau RM500,000, atau dipenjarakan tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih.