Lelaki kasanova jalin hubungan dengan 19 wanita dicekup

Tan didakwa sering memakai pakaian dan barangan mewah untuk mengaburi mata mangsa.
Tan didakwa sering memakai pakaian dan barangan mewah untuk mengaburi mata mangsa.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Seorang lelaki kasanova di China diberkas selepas dia didakwa menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dengan 19 wanita dan mengikis wang mereka pada masa yang sama.

Polis di Zhengzhou, wilayah Henan melancarkan siasatan selepas menerima aduan beberapa wanita yang mendakwa mereka ditipu lelaki yang menyamar sebagai 'anak orang kaya' di internet.

No Image Caption

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Tan turut mempunyai anak dengan empat mangsa manakala dua lagi baru disahkan hamil.

Akhbar Dahe Daily melaporkan lelaki terbabit mendapat idea untuk menjalinkan hubungan dengan wanita dengan berpura-pura menjadi anak orang kaya selepas kehilangan kerja sebagai promoter pada 2017.

Dia turut memakai pakaian dan barangan berjenama palsu sepanjang bercinta dengan kesemua 19 wanita tersebut dalam tempoh lebih dua tahun.

Difahamkan, kes itu sedang disiasat dan seramai 17 wanita telah tampil mendedahkan perbuatan lelaki terbabit. - Daily Mail

Artikel Berkaitan: