Nafi beri kata dua, Fazura mahu Hans mohon maaf

Fattah dan Fazura. - Foto Instagram
Fattah dan Fazura. - Foto Instagram
A
A
A

Dakwaan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura sengaja membawa bersama suaminya, Fattah Amin ke atas pentas untuk mengumumkan Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) sebagai satu tuduhan tidak berasas.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan mereka, Universal Music Malaysia, Fazura tidak pernah bertegas apa lagi memberi kata dua kepada pihak produksi, Astro atau FFM sendiri.

"Kami, mewakili pihak Fazura dan Fattah Amin dengan rendah hati ingin memberi pencerahan dan memperbetulkan beberapa fakta mengenai polemik yang telah berlaku sewaktu malam anugerah FFM30.

"Fazura bukan

sengaja membawa bersama suaminya, sehingga membelakangkan dua rakan penyampai lain iaitu Datuk Hans Isaac dan Maya Karin.

"Sebaliknya, segala keputusan dibuat oleh pihak produksi iaitu Astro yang menyatakan kemunculan Fattah bersama Fazura di atas pentas adalah sebuah elemen kejutan dalam majlis gilang gemilang tersebut.

"Jika mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak Astro, Fattah sepatutnya menjadi penyampai untuk anugerah lain, tetapi ia ditukar pada saat akhir.

"Sebagai 'tetamu', Fazura dan Fattah hanya menjalankan tanggungjawab dan memberi kerjasama sebaiknya buat

Artikel Berkaitan:

seluruh produksi demi kelancaran majlis.

"Sekali lagi ingin ditegaskan, keputusan Fazura muncul di pentas menyampaikan anugerah Khas Juri bersama Fattah adalah bukan keputusan pasangan tersebut. Ia adalah sebuah komitmen yang dipersetujui setelah mendapat arahan daripada pihak produksi iaitu Astro," ujarnya.

Tambah pihak pengurusan Universal Music Malaysia Fazura berasa terkilan dengan sikap Hans Isaac yang tanpa usul periksa telah menghantar kiriman WhatsApp kepada artis wanita itu.

Justeru Fazura meminta agar pihak Hans Isaac melakukan permohonan maaf kepadanya kerana apa yang dilemparkan oleh Hans sama sekali tidak berasas dan bukan di bawah kawalan Fazura.

"Hans telah menghantar mesej dan menyatakan kekesalan terhadap tindakan kurang bijak dan tidak menghormati format majlis kepada Fazura kerana membawa Fattah, yang menurutnya, tidak termasuk dalam senarai penyampai pada malam itu.

"Sebagai seorang anak seni yang telah lebih 10 tahun berada dalam industri hiburan dan meneroka banyak pasaran di luar negara, Fazura begitu sedar tentang garis profesional dan peribadi.

"Pihak kami juga menyeru semua pihak yang terlibat termasuk Astro, Hans Isaac atau Finas sendiri agar memberi kerjasama untuk memberi pencerahan kepada masyarakat tentang polemik yang melanda.

"Sesungguhnya insiden yang berlaku sedikit sebanyak mencalarkan imej Fazura dan Fattah," jelasnya.