Remaja maut digilis lori

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Foto Ihsan Bomba Perak
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Foto Ihsan Bomba Perak
A
A
A

GOPENG - Seorang remaja lelaki maut selepas digilis lori muatan batu dalam nahas di Jalan Gopeng- Simpang Pulai berhampiran Kampung Kepayang di sini pada Isnin.

Kejadian itu telah mengorbankan mangsa, Farhan Iqbal Fahid Nazrul, 17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.56 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa yang cedera parah berada di bahagian bawah sebelah kiri kenderaan berat terbabit.

"Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tujuh minit. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 1.11 petang," katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada tayar lori. - Foto Ihsan Bomba Perak
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada tayar lori. - Foto Ihsan Bomba Perak