Plus lantik Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan

Logo Plus
Logo Plus
A
A
A

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Bhd (Plus) telah melantik Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang baharu bagi menerajui hala tuju kewangan organisasi itu ke arah pengukuhan dan kedudukan yang lebih strategik.

"Pengalaman dan kecekapan kewangan Ahmad Rizal akan menjadi tonggak utama dalam operasi pemulihan pascapandemik PLUS dan pada masa akan datang," kata PLUS dalam kenyataan media, pada Isnin.

Ahmad Rizal yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Kewangan daripada University of Cambridge dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) daripada Royal Melbourne Institute of Technology, mempunyai pengalaman sebagai akauntan bertauliah selama 24 tahun dalam penilaian pelaburan serta pengurusan, kewangan korporat dan perakaunan bertauliah di Turkiye dan rantau Asia Pasifik.

Beliau menceburkan diri dalam bidang kewangan korporat di Axiata Group Bhd dan menyelia beberapa projek bertaraf antarabangsa melibatkan pelaburan antarabangsa Axiata serta pernah berkhidmat dengan Khazanah Nasional Bhd sebagai Naib Presiden Kanan, Pelaburan.

Seterusnya, Ahmad Rizal menyertai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai Pengurus Besar Perancangan Kewangan dan Perkhidmatan Guna Sama dan Pemangku Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAHB.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai CFO dan Ketua Perancangan Strategik dan Pengurusan Perbendaharaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen milik MAHB di Turkiye. - Bernama

Artikel Berkaitan: