Kampung Iboi dilanda banjir kilat, satu PPS dibuka

Mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPS Dewan Haji Hassan Samah, Kupang Baling yang dibuka pada jam 9 malam Khamis. - Foto APM
Mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPS Dewan Haji Hassan Samah, Kupang Baling yang dibuka pada jam 9 malam Khamis. - Foto APM
A
A
A

BALING - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir kilat di Kampung Iboi, Kupang di sini kira-kira jam 9 malam Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, berdasarkan laporan kemas kini pada jam 10.55 malam memaklumkan sebuah PPS di Dewan Haji Hassan Samah telah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak tujuh buah keluarga ditempatkan di PPS berkenaan namun jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan.

Sebanyak tujuh keluarga ditempatkan di PPS Dewan Haji Hassan Samah yang dibuka pada jam 9 malam Khamis. - Foto APM
Sebanyak tujuh keluarga ditempatkan di PPS Dewan Haji Hassan Samah yang dibuka pada jam 9 malam Khamis. - Foto APM

"Hujan lebat kira-kira jam 2 petang selama tiga jam menyebabkan air Sungai kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai," katanya.

Beliau berkata, pemantauan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa.

Jelasnya, penduduk berdekatan laluan sungai atau berisiko dinasihatkan meninggalkan rumah atas faktor keselamatan.

"Kita juga meminta agar penduduk akur dengan arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: