AUG 2022 singkap tirai

Kontinjen Malaysia semasa upacara perasmian AUG 2022 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat, pada Khamis.
Kontinjen Malaysia semasa upacara perasmian AUG 2022 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat, pada Khamis.
A
A
A

TEMASYA Sukan Universiti ASEAN (AUG) edisi ke-20 yang tertangguh berikutan pandemik Covid-19 sebelum ini, menyingkap tirai secara rasminya di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat, Ubon Ratchathani, Thailand pada Khamis.

Perasmian bertemakan 'Games for Sustainability' tampil penuh kelainan berlangsung pada waktu petang dengan dimulakan persembahan tarian diikuti muzik kebudayaan negara itu.

Kapten pasukan bola sepak negara yang juga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI), Muhammad Aliff Najmi Shaani mengetuai perarakan sebagai pembawa Jalur Gemilang bersama Ketua Kontinjen Malaysia, Profesor Dr Mohd Fo’ad Sakdan.

Upacara perasmian AUG 2022 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat, pada Khamis.
Upacara perasmian AUG 2022 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat, pada Khamis.

Perarakan juga disertai 10 lagi kontinjen yang bertanding iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Timor Leste, Vietnam, Myanmar dan tuan rumah, Thailand.

Pada temasya AUG 2022 kali ini, kontinjen Malaysia mempertaruhkan seramai 275 atlet yang menggalas cabaran dalam 19 daripada 23 acara dengan sasaran 35 pingat emas.

Untuk rekod, kontinjen negara kini mengumpul 16 emas, 22 perak dan 12 gangsa selepas selesai saingan hari ketiga AUG 2022 hari ini.