ICERD: Masih ada peserta bawa anak kecil berhimpun

Kelihatan anak kecil yang dibawa oleh segelintir ibu bapa. – Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribuan peserta telah berkumpul di sekitar Kompleks Sogo sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Dijangka peserta himpunan perhimpunan ini akan bergerak dari tiga lokasi di ibu negara iaitu Masjid Jamek, Sogo dan Masjid Negara sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Kelihatan anak kecil yang dibawa oleh segelintir ibu bapa. – Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI
Kelihatan anak kecil yang dibawa oleh segelintir ibu bapa. – Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI

Perhimpunan aman yang disertai peserta berbaju putih ini dijangka bermula jam 2 petang.

[ARTIKEL BERKAITAN: LANGSUNG: Peserta Himpunan ICERD mulai masuk Dataran Merdeka]

Walaupun keadaan ketika ini dilihat tenang, tinjauan Sinar Harian di sini mendapati terdapat segelintir golongan ibu bapa yang membawa anak kecil bagi menyertai perhimpunan ini.

Malah, terdapat juga segelintir peniaga yang menjual baju t-shirt 'Kami Tolak Icerd' di beberapa lokasi sekitar.

Kelihatan anak kecil yang dibawa oleh segelintir ibu bapa. – Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI
Kelihatan anak kecil yang dibawa oleh segelintir ibu bapa. – Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD AFHAM RAMLI

Artikel Berkaitan:

Turut kelihatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas mengawal keadaan dan keselamatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: PDRM siap siaga hadapi sebarang kemungkinan]