Benjamin Mora pulang ke Mexico

Mora diberikan kebenaran pulang ke negara asalnya, Mexico. - Foto FB Johor Southern Tigers.
Mora diberikan kebenaran pulang ke negara asalnya, Mexico. - Foto FB Johor Southern Tigers.
A
A
A

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Rabu, mengesahkan bahawa pengendali skuad Harimau Selatan itu, Benjamin Mora akan pulang ke negara asalnya, Mexico bagi menyelesaikan beberapa urusan peribadi.

Menurut kenyataan itu lagi, Mora juga telah mendapat kebenaran berbuat demikian (pulang ke Mexico).

"Secara keseluruhannya, Mora telah telah memohon kebenaran untuk dibenarkan pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya itu.

"JDT menghormati permintaan tersebut dan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk Mora kembali pada masa akan datang," menurut kenyataan itu lagi.

Mora - Foto FB Johor Southern Tigers
Mora - Foto FB Johor Southern Tigers

Untuk rekod, Mora merupakan pengendali JDT paling berjaya dengan merekodkan empat trofi Liga Super Malaysia, Piala Sumbangsih (empat), Piala Malaysia (satu) dan mengemudi JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL), tahun ini.

Selain itu Mora juga telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang memikul tanggungawab selaku jurulatih bersama JDT sejak 2017 lalu dan memenangi 102 perlawanan.

"Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi," menurut kenyataan itu.