Perkhidmatan LRT terjejas susulan gangguan elektrik

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling turut terkesan akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan tren dilaporkan mengalami gangguan sekitar jam 12.48 tengah hari melibatkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

Menurut kenyataan itu, masalah gangguan elektrik menyebabkan tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform.

"Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Kata kenyataan itu, perkhidmatan tersebut telah pulih sepenuhnya jam 1.35 petang.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan dan pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian.