TNB sahkan gangguan bekalan elektrik di Semenanjung

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengahari ini pada Rabu.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

ARTIKEL BERKIATAN: Gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri

“Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali

di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

“Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.