28 maut terminum arak tiruan di Gujarat, India

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 28 orang maut di negeri Gujarat di barat India selepas terminum arak tiruan, kata polis pada Selasa.

Menurut media tempatan, minuman itu mengandungi alkohol metil.

Seramai 22 daripada mangsa adalah daripada pelbagai kampung di daerah Botad manakala enam dari Ahmedabad.

"Analisis forensik mengesahkan kesemua yang maut mengambil alkohol metil.

"Kami telah menahan 14 indidvidu atas tuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain dan sudah menahan kebanyakan tertuduh," menurut satu laporan yang memetik Ketua Pengarah Polis (DGP) negeri Ashish Bhatia.

Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan berhubung insiden itu.

Kematian akibat minum arak sering berlaku di seluruh India kerana peminum yang sering membeli minuman keras haram disebabkan larangan tempatan atau harganya yang murah. - Bernama