Eksport minyak masak polibeg dihentikan serta-merta: Annuar

Pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta. - Gambar hiasan
Pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebarang pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak masak bersubsidi yang turut dijual dalam bentuk polibeg.

"Apabila ada pengeksport yang mengeksport minyak masak dalam bentuk yang hampir serupa, ia menimbulkan masalah kepada penguat kuasa.

"Maka, tidak akan dibenarkan lagi sebarang eksport minyak masak dalam bentuk polibeg...mesti dieksport dalam bentuk lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen di sini pada Isnin.