Elaun pegawai syarak di Melaka akan dinaikkan

Sulaiman ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (Amanah-Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, DUN Melaka Yang Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, pada Isnin.
Sulaiman ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (Amanah-Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, DUN Melaka Yang Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri akan mengumumkan berita gembira mengenai kenaikan kadar bayar elaun pegawai-pegawai syarak masjid tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kenaikan elaun itu membabitkan jawatan imam, bilal dan noja masjid.

"Suka saya nyatakan di dalam dewan yang mulia ini akan ada lagi perkhabaran gembira yang telah dinantikan oleh pegawai-pegawai syarak berkaitan kadar kenaikan elaun," katanya.

Sulaiman berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (Amanah-Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, pada Isnin.

Dalam pada itu beliau berkata, bermula Januari lalu asnaf yang mempunyai tanggungan tiga orang dan ke atas akan menerima tambahan sebanyak RM50 untuk Bantuan Makanan Bulanan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Kadar asal RM200 dinaikan kepada RM250 sebulan.

"Ini melibatkan pertambahan bantuan keseluruhan berjumlah RM796,000 iaitu 25 peratus kenaikan berbanding kadar bantuan asal," katanya.

Artikel Berkaitan: