Kuwait lantik Perdana Menteri baharu

Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah. Foto Reuters
Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah. Foto Reuters
A
A
A

BANDARAYA KUWAIT - Emir Kuwait pada Ahad mengeluarkan dekri melantik Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah sebagai perdana menteri dan mengarahkan agar kabinet baharu dibentuk, lapor Xinhua.

Menurut perlembagaan, perdana menteri yang dilantik kemudiannya akan memaklumkan dewan perundangan mengenai pencalonannya sebelum menjawat jawatan itu, menurut Pusat Komunikasi Kerajaan Kuwait.

Pada Mei, Emir Kuwait menerima surat peletakan jawatan mantan perdana menteri Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah dan barisan kabinetnya, di mana Ahmad berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri.

Ahmad merupakan anak sulung kepada Emir Kuwait Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Beliau dilahirkan pada 1956 dan berkhidmat sebagai Timbalan Komander Pasukan Pengawal Kebangsaan Kuwait dari November 2020 hingga 9 Mac 2022. - Bernama