Tiada diskriminasi pengambilan warga kerja sektor pendidikan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menegaskan tiada sebarang syarat pengisian jawatan berasaskan mana-mana kaum, kepercayaan atau jantina, semasa ia mengemukakan keperluan pengambilan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Merujuk kepada laporan Malaysian Nanban yang mendakwa tiada peluang kerja bagi kaum India dalam sektor pendidikan, kementerian itu berkata, laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas.

"KPM dan SPP tidak meminggirkan mana-mana kaum kerana sektor pendidikan merupakan bidang yang memerlukan penglibatan semua rakyat yang berkelayakan tanpa mengira kaum dan agama bagi menyediakan pendidikan berkualiti,” kata kementerian itu dalam kenyataan di sini.

Menurut kenyataan itu, segala urusan pengambilan warga kerja sektor pendidikan diuruskan oleh SPP selaku pihak berkuasa melantik.

Kementerian Pendidikan berkata ia juga dimaklumkan pihak SPP telah melaksanakan proses pengambilan secara profesional dan penuh integriti berdasarkan merit kelayakan seseorang calon. - Bernama

Artikel Berkaitan: