Digital Hub Ketereh

No Image Caption
A
A
A
Bangunan Digital Hub Ketereh yang terletak di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu ini.

Digital Hub Ketereh menyediakan program dan latihan yang komprehensif termasuk latihan penghasilan dan mengedit kandungan kepada peniaga mengoptimumkan jualan atas talian.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Digital Hub Ketereh seperti studio penstriman (live-streaming studio), studio penggambaran, studio untuk pereka fesyen.

Program latihan dan kemudahan yang disediakan di Digital Hub Ketereh ini menjadi satu kelebihan buat usahawan dan peniaga kecil yang terpilih dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk mendapat latihan menghasilkan kandungan dan pendedahan menggunakan platform atas talian yang membolehkan akses kepada pasaran global.