Fahami pentingnya reka bentuk produk

A
A
A

Ban Hong (belakang, tengah) bergambar bersama semua penerima anugerah pada Majlis Penganugerahan Malaysian Good Design Award 2021 & Certified Industrial Designer di The Everly Putrajaya pada Selasa.
Ban Hong (belakang, tengah) bergambar bersama semua penerima anugerah pada Majlis Penganugerahan Malaysian Good Design Award 2021 & Certified Industrial Designer di The Everly Putrajaya pada Selasa.

Kempen kesedaran disarankan lebih agresif kepada pemain industri

Putrajaya - Industri terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa memahami kepentingan reka bentuk dalam penghasilan produk masing-masing.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong berkata, elemen itu perlu dititikberatkan bagi melonjakkan prestasi eksport syarikat.

Menurutnya, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) perlu memainkan peranan lebih agresif melalui program ‘Creating Own Design as Own Brand’ bagi membantu industri tempatan memberikan khidmat nasihat dan perundingan reka bentuk.

"Melihat kepada pendekatan semasa industri tempatan, masih ramai pemain industri yang mengamalkan pendekatan ‘original equipment manufacturer’ (OEM) kepada ‘original brand manufacturer’ (OBM) walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen galakan transformasi.

"Program-program turun padang dan jangkau luar perlu dipertingkatkan lagi bagi memberi kesedaran kepentingan reka bentuk yang berkualiti ke arah memperbaiki prestasi perniagaan," katanya dalam ucapan majlis Malaysia Good Design Award (MGDA) dan Certified Industrial Designer (CIDe) di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sebagai kementerian yang amat menitikberatkan pelaksanaan dan pemerkasaan sektor industri negara, pelbagai dasar dan pelan strategik digubal dan dilaksanakan bagi mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara berdaya saing dan destinasi pilihan untuk menarik pelaburan berkualiti.

Jelasnya, tanggungjawab ini perlu digalas oleh semua pihak termasuk agensi di bawah MITI dan MRM untuk mendepani cabaran baharu agar keupayaan Malaysia dapat dilonjakkan dalam pelbagai aspek, termasuk reka bentuk.

BAN HONG
BAN HONG



Ban Hong berkata, anugerah MDGA diperkenalkan sejak tahun 1997 merupakan pengiktirafan tertinggi untuk industri reka bentuk dalam menyokong produk yang menitikberatkan aspek reka bentuk sebagai kriteria penting dalam penghasilan sesuatu produk.

"Melihat kepada trend permohonan pengiktirafan MGDA lima tahun kebelakangan ini, bilangan produk yang memohon meningkat daripada 107 pada tahun 2015 kepada 326 produk pada 2018.

“Pada tahun 2020 dan 2021, sebanyak 252 produk pelbagai kategori telah diterima untuk penilaian. 26 produk daripada 19 syarikat didapati menepati spesifikasi yang ditetapkan sekali gus layak menerima pengiktirafan MGDA pada tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ketua program MGDA, Zuljar Jaafar ketika ditemui pemberita berkata, sebanyak lapan kriteria dinilai oleh juri.

"Antaranya proses reka bentuk itu perlu berlaku di awal penghasilan sesuatu produk, bukan di fasa akhir," katanya.

ZULJAR
ZULJAR



Majlis tersebut turut menyaksikan satu lagi acara bersejarah iaitu penyampaian Certified Industrial Designer (CIDe). Buat julung kalinya seramai 16 orang menerima pensijilan CIDe yang membawa gelaran CIDe pada nama masingmasing. Zuljar yang juga Perunding Kanan MRM menjelaskan, penerima CIDe merupakan peneraju dan perintis terbaik dalam industri reka bentuk dan mempunyai pengalaman luas.

Mengulas mengenai permohonan pengiktirafan CIDe, beliau berkata, individu yang berkelayakan dipelawa memohon kepada MRM dan akan melalui proses yang ditetapkan oleh jawatankuasa khas serta agensi terlibat.

Ujarnya, ia bagi memastikan individu yang benar-benar layak sahaja menerima anugerah ulung itu

Nilai industri reka bentuk di unjur meningkat

Pengarah MRM, Sulaiman Arshad turut berucap pada Majlis Penganugerahan Malaysian Good Design Award 2021 & Certified Industrial Designer.
Pengarah MRM, Sulaiman Arshad turut berucap pada Majlis Penganugerahan Malaysian Good Design Award 2021 & Certified Industrial Designer.



PUTRAJAYA - Nilai industri reka bentuk dunia diunjur melonjak kepada AS$132 bilion tahun ini.

Pakar reka bentuk kenderaan, Profesor Dr Mohamad Hariri Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan reka bentuk merupakan antara industri besar dan penting.

"Pada tahun 2019, nilai industri ini adalah sekitar AS$119 bilion," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Anugerah Malaysia Good Design (MGDA) dan Certified Industrial Designer (CIDe) Award di sini pada Selasa.

Menurutnya, industri perlu melabur dalam kajian dan penyelidikan (R&D) serta memperuntukkan masa bagi menghasilkan kebolehpasaran reka bentuk produk.

"Hasil kajian mendapati, kesedaran masih rendah iaitu sekitar 40 peratus industri yang rela hati menyediakan peruntukan," katanya.

Pada majlis itu, beliau yang juga Timbalan Naib Canselor UiTM turut menerima pensijilan CIDe yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong.

16 penerima CIDe yang menerima pengiktirafan pada majlis Anugerah Malaysia Good Design (MGDA) dan Certified Industrial Designer (CIDe) Award pada Selasa.
16 penerima CIDe yang menerima pengiktirafan pada majlis Anugerah Malaysia Good Design (MGDA) dan Certified Industrial Designer (CIDe) Award pada Selasa.



Mohamad Hariri antara 16 pereka terulung dalam pelbagai disiplin diraikan dalam majlis penuh berprestij itu.

Pensijilan CIDe itu dib a n g u n k a n o l e h Jawatan-kuasa Projek Reka Bentuk Perindustrian dengan garis panduan operasi standard SIRIM Berhad.

Menyifatkan ia sebagai pengiktirafan yang penting, Mohamad Hariri berkata, CIDe akan melonjakkan lagi peranan reka bentuk negara untuk memajukan industri.

"Pensijilan ini penting untuk mengiktiraf pereka tempatan terutamanya ramai pereka dapat pengiktirafan teknologi (TS) sedangkan kita sebenarnya adalah pereka," katanya.