[VIDEO] Idris beri jaminan kes tipu jemaah haji tidak akan berulang

Datuk Idris Ahmad
Datuk Idris Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memberi jaminan sedia bekerjasama dengan polis, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi memastikan penipuan kepada bakal jemaah haji tidak berlaku lagi.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan satu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang menipu bakal jemaah haji.

“Saya amat kesal sangat kerana kes menipu ini ialah melibatkan orang-orang yang nak pergi ke Tanah Suci. Maka sebab itu perkara ini kita pandang serius,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang memintanya memberi jaminan supaya kes penipuan terhadap bakal jemaah haji tidak berlaku lagi.

Tambah Idris, kes penipuan yang berlaku itu adalah di luar pengetahuan pihaknya.

Menurutnya, jika syarikat itu dalam pengetahuannya, beliau akan menghantar surat tunjuk sebab kepada syarikat tersebut.

“Sebab itu kalau ada atas pengetahuan kita, kita akan terus hantar surat tunjuk sebab kenapa buat (tawaran) sedangkan Arab Saudi belum lagi membuka berkenaan kuota tabung haji tadi,” katanya.