[VIDEO] Wanita mirip Zalina Azman adalah gelandangan: Polis

Rakaman CCTV menunjukkan wajah seorang wanita di sebuah hotel bagaimanapun disahkan bukan Zalina, Isnin lalu.
Rakaman CCTV menunjukkan wajah seorang wanita di sebuah hotel bagaimanapun disahkan bukan Zalina, Isnin lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta gambar yang mengesan seorang wanita dipercayai mirip bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak 29 November tahun lalu dikesan di sebuah hotel dan sebuah kafe di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bagaimanapun wanita yang dirakam menerusi CCTV itu disahkan sebagai seorang gelandangan, bukan Zalina.

"Pihak polis ada mengesan satu rakaman CCTV seorang wanita yang mirip Zalina pada 18 Julai lalu di sebuah hotel dan gambar juga diperoleh daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mendakwa seorang wanita mirip gambar Zalina yang diuar-uarkan polis.

"Bagaimanapun wanita yang dirakam menerusi kedua CCTV itu disahkan sebagai seorang gelandangan, bukan Zalina," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengeluarkan hebahan mengenai kehilangan Zalina pada 24 November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kehilangan dibuat anak mangsa yang mendakwa gagal menghubungi ibunya sejak 24 November 2021.