Mohd Nizar dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif baharu SPNB

Mohd Nizar. - Foto www.ybnizarzakaria.com/profil/
Mohd Nizar. - Foto www.ybnizarzakaria.com/profil/
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang baharu berkuat kuasa mulai Sabtu lalu.

SPNB dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, beliau dilantik bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha yang menyandang jawatan tersebut sejak 2 April 2021.

Menurutnya, Mohd Nizar memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol, Padang Sumatera Barat, Indonesia.

"Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak (EXCO Kerajaan Negeri Perak), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja.

“Selain itu, beliau juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Parit dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMA Maahad Al Aziz.

“Kami mengalu-alukan pelantikan pengerusi baharu SPNB dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat untuk SPNB terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya.