Malaysia-Bangladesh perkukuh kerjasama diplomatik

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia sedia memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Bangladesh sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang diraikan pada tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, beliau berkata kerjasama dua hala itu merangkumi perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital serta sumber manusia dan pekerjaan.

Ismail Sabri berkata perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh Dr A K Abdul Momen di Parlimen, di sini hari ini.

"Kami juga berbincang dan bersetuju tentang masalah pengambilan tenaga kerja dari Bangladesh yang perlukan penyelesaian segera. Semoga hubungan Malaysia-Bangladesh kekal erat dan makmur,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: