Pelancong Malaysia paling ramai lawat Indonesia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Malaysia kekal sebagai sumber pelancong terbesar ke Indonesia dalam kalangan negara anggota ASEAN, menurut Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia.

Pada 2019, sebelum pandemik, hampir 2.9 juta rakyat Malaysia melawat negara itu diikuti Singapura sebanyak 1.9 juta pelancong.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia, Singapura dan Thailand telah menjadi pasaran penting dan berpotensi tinggi untuk pelancongan Indonesia.

Dari 12 hingga 15 Julai, kementerian mengadakan kunjungan mesra ke enam syarikat pelancongan dari tiga negara ASEAN di Bali bagi mempromosikan pulau percutian itu bertemakan, #ItsTimeforBali.

Aktiviti itu juga dijangka dapat menjadikan Indonesia pilihan utama pelancong dari ASEAN, kata Menterinya Sandiaga Salahuddin Uno.

Indonesia menyasarkan untuk menarik antara 1.8 juta dan 3.6 juta pelawat antarabangsa tahun ini. - Bernama