ZPP bantu mangsa banjir di Baling

Pasukan peduli asnaf mengadakan gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling.
Pasukan peduli asnaf mengadakan gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Iboi, Baling.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Prihatin dengan nasib yang dialami mangsa banjir dan kepala air di Baling, Kedah membuatkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) tampil menghulurkan bantuan.

Misi bantuan kemanusiaan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali bukan sahaja bergotong royong membersihkan beberapa rumah yang terkesan, malah turut membawa pek bantuan makanan untuk meringankan beban mangsa banjir terlibat.

Mohamad Kairi menyerahkan pek bantuan makanan kepada mangsa banjir yang terlibat.
Mohamad Kairi menyerahkan pek bantuan makanan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Menurutnya, seramai 30 kakitangan termasuk pasukan peduli asnaf terlibat dalam misi kali ini.

"Pasukan peduli asnaf yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai EKsekutif (Operasi) ZPP, Mohamad Kairi Ghazalli melaksanakan aktiviti membersihkan kawasan rumah yang masih lagi dipenuhi lumpur.

"Malah mereka juga membawa 65 hamper makanan kepada untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Iboi," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Amran menyerahkan bantuan baju sekolah kepada salah seorang penerima di SK Iboi, Baling baru-baru ini.
Amran menyerahkan bantuan baju sekolah kepada salah seorang penerima di SK Iboi, Baling baru-baru ini.

Sementara itu, Amran berkata, pihaknya turut menyampaikan 7,000 pakaian seragam sekolah buat murid yang terlibat dalam bencana banjir baru baru ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setiap murid akan menerima tiga pasang seragam sekolah terbabit yang akan diedarkan di Sekolah Kebangsaan Iboi, Baling