Kementerian Kewangan bentang pindaan tujuh rang undang-undang

Kementerian Kewangan hari ini bentang tujuh rang undang-undang (pindaan) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Kementerian Kewangan hari ini bentang tujuh rang undang-undang (pindaan) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan hari ini membentangkan tujuh rang undang-undang (pindaan) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Tujuh rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Kastam 1967, Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022 untuk meminda Akta Eksais 1976 dan Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Zon Bebas 1990.

Turut dibentangkan ialah Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Cukai Pelancongan 2017, Rang Undang-undang Levi Pelepasan (Pindaan) 2022 untuk meminda Akta Levi Pelepasan 2019 serta Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.

Selain itu, Rang Undang-undang Levi Kenderaan Barang-Barang (Pindaan) 2022 juga dibentangkan bagi meminda Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika membentangkan rang undang-undang tersebut berkata, bacaan kali kedua bagi kesemua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan yang sama. - Bernama