Landasan cair kerana cuaca panas, tentera Britain henti penerbangan

LONDON - Tentera Udara Diraja (RAF) United Kingdom (UK) menghentikan penerbangan masuk dan keluar dari pangkalan udara terbesarnya di Oxfordshire kerana landasan terbangnya cair pada Isnin.
Landasan terbang Brize Norton itu cair akibat cuaca panas, kata sumber tentera yang dilaporkan oleh portal berita Express.
Keputusan RAF untuk menghentikan sementara penerbangan di pangkalannya itu turut dilaporkan oleh Sky News.
Keputusan itu dibuat untuk memastikan tiada kesan ke atas operasi dan berlaku ketika suhu menghampiri 40 darjah Celsius di Britain.