Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece

Kebakaran besar yang dilihat di kawasan sebuah pesawat kargo terhempas di Kavala. - Foto AP
Kebakaran besar yang dilihat di kawasan sebuah pesawat kargo terhempas di Kavala. - Foto AP
A
A
A

ATHENS - Sebuah pesawat kargo Ukraine yang membawa lapan anak kapal dilaporkan terhempas berhampiran bandar Kavala di utara Greece pada petang Sabtu, menurut Xinhua.

Sebelum terhempas pesawat Antonov An-12 yang dalam penerbangan dari Serbia ke Jordan itu meminta kebenaran untuk pendaratan cemas dan memaklumkan pihak berkuasa Greece mengenai masalah enjin, lapor penyiar ERT, memetik sumber Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Greece.

Menurut saksi kejadian pesawat itu terbakar dan terhempas di ladang jagung disusuli letupan kuat.

Operasi menyelamat masih berjalan.

Maklumat awal menyatakan pesawat itu membawa 12 tan kargo termasuk peluru namun, ia masih belum dapat disahkan.

Susulan itu beberapa kawasan berhampiran lokasi kejadian mengalami gangguan bekalan elektrik kerana pesawat berkenaan dikatakan turut melanggar kabel elektrik. - Bernama