Satu jam kutip 3.681 tan sampah

Antara sukarelawan yang menjayakan program kutipan sampah secara besar-besaran pada Sabtu.
Antara sukarelawan yang menjayakan program kutipan sampah secara besar-besaran pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program kutipan sampah besar-besaran Mega Bakti Rakyat yang diadakan secara serentak di lima lokasi di Terengganu pada Sabtu merekodkan kutipan sebanyak 3.681 tan sampah dalam tempoh satu jam.

Ketua Sukarelawan Geng Plastik Ija (Kuala Terengganu), Dr Mohamad Ariff Hafizi Fouzi berkata, program anjuran Bank Rakyat dengan kerjasama Geng Plastik Ija itu dijayakan oleh seramai 700 sukarelawan.

"Sebanyak 340 kilogram (kg) sampah dikutip di kawasan pantai di Kuala kemaman, 415.2kg (Pantai Panchakan, Besut), 1714kg (Pantai Angin Berbisik, Marang), 783kg (Pantai Kuala Ibai) dan 429.2kg di Pantai Tanjung Jara, Dungun.

"Program ini merupakan program ke-14 dalam siri 'plogging' pantai sekitar Kuala Terengganu bermula dari Teluk Ketapang, Kuala Nerus hingga ke Chendering di Kuala Terengganu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Antara sukarelawan yang menjayakan program kutipan sampah secara besar-besaran yang diadakan pada Sabtu.
Antara sukarelawan yang menjayakan program kutipan sampah secara besar-besaran yang diadakan pada Sabtu.

Menurutnya, sebelum ini sebanyak 4 tan sampah di kawasan tumpuan ramai seperti Pantai Batu Buruk, drawbridge dan pantai Teluk Ketapang.

"Kita dapati berlaku pengurangan sampah di kawasan ini ekoran peningkatan kesedaran orang ramai dan kerjasama yang erat dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

"Tumpuan utama kita selepas ini adalah di kawasan pesisir pantai yang tercemar akibat pembuangan sampah sarap oleh penduduk di sekitar pantai di Kuala Terengganu, "katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap penduduk setempat dapat membantu melupuskan tapak-tapak pembakaran sampah haram di sekitar pesisir pantai Kuala Terengganu dalam usaha menjaga kebersihan dan mengelak pencemaran pantai.