Terengganu FC peteh KDA FC di Gong Badak

Pemain Terengganu F, Muhammad Azam Azmi Murad (kanan), cuba mengekang asakan daripada pemain import KDA FC, Mahmoud Almardi pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. Foto Facebook Kedah Darul Aman Football Club
Pemain Terengganu F, Muhammad Azam Azmi Murad (kanan), cuba mengekang asakan daripada pemain import KDA FC, Mahmoud Almardi pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. Foto Facebook Kedah Darul Aman Football Club
A
A
A

SKUAD Terengganu FC nyata memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

Terengganu FC tidak perlu menunggu lama bagi membuka jaringan apabila pemain import, Kpah Sherman yang menjaringkan gol pada minit ke-13.

Gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan skuad penyu itu untuk terus mengasak ke gawang KDA FC dalam usaha menambah jaringan.

Bagaimanapun, sesekali KDA FC berjaya melakukan serangan balas dah hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-36, namun rembatan Muhammad Ariff Farhan Md Isa sekadar singgah ke palang gol.

Terengganu FC kemudiannya dilihat hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-42 apabila pemain lincah, Faisal Halim berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan KDA FC, namun gagal menewaskan penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim bagi menyaksikan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Terengganu FC semakin hebat melancarkan asakan ke gawang lawan bagi menambah jaringan.

Segala usaha mereka berhasil apabila pemain import dari Filipina, Manuel Ott menjaringkan gol kedua pada minit ke-56 dan sekali gus memastikan skuad Penyu itu semakin selesa di depan.

Biarpun ketinggalan 0-2, pemain gantian KDAFC, Azammuddin Akil berjaya merapatkan jurang gol apabila menjaringkan gol tunggal pelawat pada masa kecederaan.

Namun, gol berkenaan dilihat sudah terlalu lewat untuk mengubah kedudukan perlawanan apabila benteng Terengganu FC terus kental bertahan sehinggalah ke wisel penamat.


TERENGGANU FC – Mohd Suhaimi Husin, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Azam Azmi Murad, Mohamad Faisal Abdul Halim, Manuel Gelito Ott, Kpah Sherman (kapten), Habib Haroon Saeed, Petrus Shitembi, Mohd Faiz Nasir, Muhammad Alif Zakaria, Pape Abdoulaye Diakite

KEDAH DARUL AMAN FC – Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Mohd Akmal Mohd Zahir, Rodney Celvin Akwensivie, Asnan Ahmad, Mhamoud Nayef Ahmad Almardi, Wanja Ronald Ngah, Mohd Syazwan Zainon (kapten), Dechi Marcel N’Guessan, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Sanrawat Dechmitr, Muaamd Kamil Akmal Abd Halim

PENGADIL – S.Logeswaran