Cabaran Tze Yong berakhir di Terbuka Singapura

Ng Tze Yong
Ng Tze Yong
A
A
A

CABARAN Malaysia dalam acara perseorangan lelaki di Terbuka Singapura terhenti di suku akhir apabila Ng Tze Yong ditunjukkan jalan keluar Anthony Sinisuka Ginting pada Jumaat.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, pemain yang berada di kedudukan ke-47 dunia tersebut terpaksa akur pengalaman berpihak pemain nombor enam dunia dari Indonesia, 15-21, 12-15 dalam masa 35 minit.

Pada pusingan pertama sebelum ini Tze Yong mencipta kejutan apabila menewaskan Ng Ka Long dari Hong Kong yang juga naib juara Masters Malaysia, 21-16, 21-17 dalam tempoh 44 minit.

Tze Yong yang menjadi taruhan kem badminton negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 kemudian meneruskan momentum positif menewaskan seorang lagi pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-15, 21-13.