[VIDEO] Warga asing tipu tiket loteri palsu ditahan

Seorang lelaki warga asing ditahan di Bandar Kota Tinggi selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan tiket loteri.
Seorang lelaki warga asing ditahan di Bandar Kota Tinggi selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan tiket loteri.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga asing ditahan pada Rabu selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan tiket loteri.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, penahanan suspek berusia 50 tahun itu dilakukan pada jam 2 petang.

Menurutnya, suspek ditahan dengan bantuan orang awam di Bandar Kota Tinggi semasa cuba menipu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun dengan menawarkan tiket loteri yang kononnya telah memenangi wang tunai.

"Suspek dipercayai menggunakan modus operandi dengan menawarkan tiket loteri yang didakwa mempunyai hadiah kemenangan.

"Suspek memperdayakan mangsa yang tiada dokumen pengenalan diri seperti tiada pasport membeli tiket loteri yang ditawarkan dengan harga tertentu.

"Mangsa yang kebanyakan terdiri daripada warga emas hanya menyedari diri mereka ditipu apabila hadiah yang hendak ditebus di kedai loteri gagal," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hussin berkata, antara yang dirampas daripada suspek ialah sebuah kereta, empat keping tiket loteri disyaki palsu dan sebuah telefon pintar.

"Buat masa ini, polis masih mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya sekiranya didatangi oleh individu yang tidak dikenali menawarkan tiket hadiah kemenangan loteri awam," katanya.