Taman Seirra Ukay dilanda banjir lumpur

Gambar keadaan banjir tular di laman sosial.
Gambar keadaan banjir tular di laman sosial.
A
A
A

AMPANG – Sebanyak 25 rumah dinaiki air lumpur dalam kejadian banjir di Taman Seirra Ukay, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor terima panggilan kecemasan melalui talian pusat gerakan operasi Selangor pada jam 11.14 malam dan terus menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat ke tempat kejadian.

Kekuatan anggota adalah seramai tujuh orang berserta sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.

Komander operasi, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, setibanya jentera di lokasi didapati benar berlaku banjir kilat.

“Terdapat banyak lumpur di atas laluan jalan raya di sebabkan kerja-kerja pembinaan di hadapan rumah taman tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan lumpur di lakukan bagi tujuan mengelakkan sebarang kemalangan yang berlaku. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan: