Tanah wakaf bantu B40

Potensi tanah wakaf boleh digembleng terlebih dahulu melalui projek wakaf pertanian

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Terdapat empat kekangan bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, menurut Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr Amir Shaharuddin berkata, kekangan itu adalah dari sudut pentadbiran dan pengurusan, perundangan, keadaan fizikal tanah wakaf serta jenis perwakafan.

Menurutnya, kekangan dari sudut pentadbiran dan pengurusan terbahagi kepada tiga iaitu kekurangan peruntukan dana bagi tujuan pengoperasian, isu pendaftaran pemilikan tanah wakaf dan ketiadaan sistem pangkalan data yang lengkap.

“Dari sudut per-undangan melibatkan ketidakseragaman undang-undang wakaf antara negeri yang mewujudkan perbezaan dalam pemahaman tafsiran pembangunan hartanah wakaf.

“Yang kedua, tiada enakmen khusus berkaitan pengurusan dan pentadbiran wakaf di negeri-negeri. Sehingga kini, hanya Selangor mempunyai undang-undang khusus untuk wakaf,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Baca berita penuh di Sinar Premium.