Dr Streram tidak bimbang poster dirinya tidak banyak

Dr Streram ketika ditemui media.
Dr Streram ketika ditemui media.
A
A
A

SEREMBAN - Calon PH PRK DUN Rantau, Dr S Streram menyedari poster wajahnya tidak banyak berbanding calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, perkara itu tidak menjadi masalah baginya kerana apa yang penting adalah gerak kerja untuk pilihan raya.

"Saya perasan poster saya tak banyak. Mungkin hari akan datang, ada banyak poster saya. Saya tak bimbang pun.

"Lagipun jentera saya bekerja sangat baik, mereka pergi dari rumah ke rumah dan katanya respon penduduk sangat baik," katanya pada pemberita ketika ditemui pada Ceramah Kelompok di Jentera Daerah Mengundi(JDM) di Kampung Sri Lalang di sini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian mendapati poster Mohamad dan bendera BN lebih mendominasi berbanding PH.

Gegantung gambar Streram hanya dipasang di bahagian tepi poster besar pemimpin lain.
Gegantung gambar Streram hanya dipasang di bahagian tepi poster besar pemimpin lain.

Malah lori kempen PH lebih menonjolkan wajah Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Artikel Berkaitan: