MBSJ keluar 10 kompaun premis makanan langgar peraturan

Pemeriksaan yang dilakukan penguat kuasa MBSJ ke atas premis makanan sewaktu operasi bersepadu dijalankan pada Selasa.
Pemeriksaan yang dilakukan penguat kuasa MBSJ ke atas premis makanan sewaktu operasi bersepadu dijalankan pada Selasa.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebanyak 10 kompaun dikeluarkan terhadap premis makanan sekitar USJ 10 di sini kerana melanggar peraturan tatacara pengendalian makanan yang ditetapkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, terdapat pekerja premis makanan didapati tidak mengambil imunisasi demam kepialu selain ada antaranya beroperasi dalam keadaan kotor serta meletakkan bahan makanan serta peralatan dapur di lantai.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dikeluarkan di bawah UUK 9(f) Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MBSJ) dan Seksyen 15 Undang-Undang

Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPSJ) 2007.

"Sebanyak 56 premis makanan diperiksa menerusi operasi bersepadu pemeriksaan premis makanan dan perniagaan di pusat komersial Taipan Business Centre USJ 10 pada Selasa.

Pemeriksaan ke atas premis makanan sewaktu operasi bersepadu dijalankan pada Selasa.
Pemeriksaan ke atas premis makanan sewaktu operasi bersepadu dijalankan pada Selasa.

"Sebanyak 10 Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikeluarkan. Empat kompaun melibatkan tidak mendapatkan imunisasi demam kepialu atau apa-apa penyakit, lima kompaun gagal menjaga kebersihan premis dan satu kompaun gagal memastikan bahan mentah atau peralatan dapur kurang 20 cm dari lantai.

"Jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda maksimum sehingga RM 1,000," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Tegasnya, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis makanan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam terpelihara terutamanya daripada penyakit bawaan air dan keracunan makanan.