Sila log masuk terlebih dahulu.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih

Noor Hayati melihat keadaan kanak-kanak berusia empat tahun yang dilaporkan kritikal akibat dadah
Noor Hayati melihat keadaan kanak-kanak berusia empat tahun yang dilaporkan kritikal akibat dadah
A
A
A

KOTA BHARU - Kanak-kanak lelaki istimewa berusia empat tahun yang dilaporkan kritikal akibat dadah kini menunjukkan perkembangan positif.

Pakar Perunding Kanak-Kanak, Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

"Kanak-kanak ini sudah menunjukkan perkembangan yang baik tetapi perlu menggunakan tiub untuk minum susu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz pada Rabu.

Lawatan Tengku Mohamad Rizam dikongsi melalui Facebook Maik.

Tengku Mohamad Rizam menyampaikan zakat kepada Rohaya ketika lawatannya pada Rabu.
Tengku Mohamad Rizam menyampaikan zakat kepada Rohaya ketika lawatannya pada Rabu.

Turut bersama melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai ialah isteri beliau, Tengku Puan Temenggong, Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus; Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman dan Pegawai Agihan Zakat MAIK, Mahamad Azmi Zakaria.

Artikel Berkaitan:

Ibu kanak-kanak tersebut, Rohaya Hassan, 36, juga bersyukur kerana anak bongsu daripada tiga beradik itu selamat dan berharap sembuh dengan cepat.

“Saya masih bimbang kesihatannya. Selalunya tengok dia senyum tapi kini minum pun melalui wayar," katanya.

Minggu lalu, media melaporkan seorang kanak- kanak berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah di dalam badan.

Siasatan polis dipercayai dibawa bapa saudaranya ke satu lokasi dan dibiarkan terdedah dengan dadah sebelum kanak-kanak itu memasukkan ke dalam badannya.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun untuk membantu siasatan.

Bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung Rohaya, Mohamad Rizam turut mengurniakan wang zakat untuk perbelanjaan wanita itu.

Beliau turut berharap kanak-kanak itu cepat sembuh dan kembali ceria seperti kanak-kanak lain.