Polis tahan wartawan terkenal Pakistan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Polis menahan wartawan terkenal Pakistan, Imran Riaz Khan pada Selasa malam, sehari selepas beliau memberikan ucapan berbaur hasutan mengenai 'perubahan regim’ di Pakistan.

Polis Punjab menahan Imran berdekatan plaza tol lebuh raya ketika penyampai televisyen itu dalam perjalanan ke Islamabad, menurut hantaran video di sosial media.

Peguamnya, Mian Ali Ashfaq memberitahu media Pakistan, wartawan itu ditahan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana mengkhianat.

Imran Riaz yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan baru-baru ini dalam satu seminar di Islamabad membuat kenyataan keras menentang rampasan kuasa seperti yang berlaku selepas parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) digulingkan dalam undi tidak percaya parlimen pada April.