[VIDEO] Mangsa ketiga tragedi kepala air ditemui

Jasad Khairul Ikwan ditemukan di bawah timbunan kayu oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 11.55 pagi, Selasa.
Jasad Khairul Ikwan ditemukan di bawah timbunan kayu oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 11.55 pagi, Selasa.
A
A
A

BALING - Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menemukan mayat mangsa ketiga, Khairul Ikwan Nor Azman, 14, yang dihanyutkan banjir lumpur di bawah timbunan kayu di Kampung Iboi, Kupang kira-kira jam 11.55 pagi, Selasa.

Jasad mangsa ditemui berhampiran mayat ibunya, Salmah Mat Akib, 53, dan kakak iparnya, Nurul Anis Abu Hassan, 23.

Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, keadaan mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kecederaan luar.

Terdahulu, pasukan penyelamat menemui jasad Salmah dan Nurul Anis dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu balak kira-kira 100 meter dari rumah mereka di Kampung Iboi.

Nurul Anis ditemukan pada jam 9.30 pagi manakala ibu mentuanya kira-kira 15 minit kemudian.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang wanita strok termasuk menantu yang sedang hamil dan seorang lagi anak lelaki dikhuatiri hilang setelah rumah mereka dibawa arus dalam kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang pada Isnin.