Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri: Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Pemulihan Negeri perlu segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu melibatkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, cadangan penubuhan majlis itu telah diusulkan kepada kerajaan dan dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin berkata, majlis pemulihan itu sebaik-baiknya diketuai Menteri Besar atau Pengerusi Jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab dalam soal ekonomi di peringkat negeri masing-masing kerana soal pentadbiran dan perniagaan ada kaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Sewajarnya kerajaan negeri juga harus bertindak mengambil langkah-langah yang diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai isu malahan beri bantuan dan sokongan kepada mereka yang terkesan seperti peniaga terutama usahawan kecil bumiputera," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Pengerusi MPN Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan di sini pada Sabtu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, aspek sedemikian jika tidak diberi tumpuan segera akan memberikan kesan besar antaranya pertambahan kadar kemiskinan.

Berikutan pandemik Covid-19, semakin ramai golongan T20 sudah berubah menjadi M40 dan begitu juga M40 dan B40 yang berubah status ekonomi mereka.

"Jelas terbukti bilangan yang sudah jatuh miskin sangat ramai. Sebahagian besar kategori itu orang Islam termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak," kata Muhyiddin. - Bernama

Artikel Berkaitan: