Dr Rahmat Mohamad dilantik pengerusi baharu Suhakam

Dr Rahmat dilantik sebagai pengerusi baharu Suhakam untuk sesi 2022-2025.
Dr Rahmat dilantik sebagai pengerusi baharu Suhakam untuk sesi 2022-2025.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakar perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pelantikan Rahmat bersama tujuh lagi anggota baharu Suhakam bagi sesi 2022-2025 yang berkuat kuasa pada 22 Jun lepas telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, turut dilantik Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Dr Chew Chee Ming (Sarawak), Datuk Mary@Mariati Robert (Sabah), Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Abdul Rahim dan K Ragunath.

"Semoga lantikan yang inklusif ini akan lebih memperkasakan Suhakam dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara,” katanya. - Bernama