Annuar nafi jemaah menteri bincang tarikh PRU15

Annuar Musa. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Annuar Musa. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menafikan laporan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada mendapatkan pandangan jemaah menteri mengenai tarikh untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya beliau berkata, laporan tersebut adalah palsu.

“Sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, saya boleh jawab dengan ringkas berita itu palsu,” pada sidang akhbar selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar berbahasa Cina bahawa Ismail Sabri ada mendapatkan pandangan daripada jemaah menteri mengenai tarikh untuk mengadakan PRU15.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, Ismail Sabri ada mengadakan pertemuan bersama Menteri pada setiap minggu tetapi tidak membincangkan mengenai pilihan raya.

“Perdana Menteri ada jumpa Menteri tiap-tiap minggu bincang soal negara, tak pernah bincang soal pilihan raya,” ujarnya.