Sila log masuk terlebih dahulu.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Presiden Filipina baharu

Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama
Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang ke-17 pada Khamis.

"Saya berharap hubungan Malaysia dan Filipina akan terus kukuh demi kejayaan bersama,” katanya menerusi catatan di Facebooknya, sambil memuat naik poster yang memaparkan gambar Marcos Jr dengan ucapan tahniah.

Marcos Jr, 64, mengangkat sumpah sebagai presiden ke-17 republik itu di Muzium Negara, Manila selepas memenangi pilihan raya pada Mei lepas, dengan memperoleh kemenangan terbesar sejak 1986.

Anak kepada Ferdinand Marcos itu menggantikan Rodrigo Duterte.

Untuk rekod, Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM32.53 bilion (US$$7.84 bilion) pada 2021, peningkatan 24.6 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: