Tun M hadiri kenduri rakyat Bersatu Langkawi

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Anggota Parlimen Langkawi bergambar bersama anggota Parti Pribumi Bersatu pada Majlis Kenduri Rakyat Bersatu Langkawi di Perkarangan Pejabat ADUN Ayer Hangat malam ini. - Foto Bernama

A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini meluangkan masa menghadiri program Kenduri Rakyat Bersatu Langkawi di perkarangan Pusat Khidmat Adun Ayer Hangat, Padang Gaong Ulu Melaka.

Terdahulu Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, tiba kira-kira 9.20 malam disambut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah merangkap Adun Ayer Hangat, Juhari Bulat.

Hadir sama Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan barisan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi.

Kira-kira seribu penduduk dari Dun Ayer Hangat serta kawasan sekitar hadir memeriahkan program tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: