Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha malam ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Haji 2022 (Aidiladha) akan dibuat pada jam 8 malam ini.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pengumuman rasmi berkenaan penetapan tarikh rasmi Hari Raya Haji bagi tahun 2022 di Malaysia akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

"Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan menerusi radio dan televisyen (RTM TV1).

"Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)," menurut Jakim menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.